Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Walikota Majlis Daerah Limbang (MDL) Kaunselor Sufian Mohat bersama pengunjung membeli buah-buahan tempatan. Foto TVS

Limbang syurga buah-buahan bagi warga Brunei

LIMBANG,5 Jan: Kepelbagaian buah-buahan tempatan terutama raja buah, durian setiap kali musimnya tiba menjadikan Limbang terkenal sebagai syurga buah-buahan dalam kalangan pengunjung terutamanya dari negara jiran, Brunei Darussalam.

Bagi pengunjung dari Beaufort Sabah, Ramlan Gilie, 61, kehadirannya ke Tamu Jumaat mengembalikan nostalgia dan kenangan manis selain melepas rindu terhadap Limbang.

“Sebenarnya kerinduan terhadap Tamu Limbang ini sudah saya rasai beberapa tahun yang lalu, sebab dulu saya pernah tinggal di Limbang, sebelum berpindah ke Sabah dan Semenanjung.

“Dua bulan lepas saya datang ke Limbang dan Limbang jauh berubah khususnya tamu dan peniaga-peniaga di sini kalau musim buah tiba, Limbang boleh saya ibaratkan sebagai syurga buah-buahan,” katanya ketika ditemui pemberita di tapak Tamu Khamis dan Jumaat di sini, hari ini.

Turut senada, Ramlan yang jatuh cinta dengan kelunakan buah durian tempatan sejak merasainya beberapa tahun lalu di sini sambil mengakui nikmat itu tidak dapat ditemuinya di tempat lain.

“Rasa buah durian disini memang istimewa,saya tak pernah merasai di tempat lain,inilah keunikan Limbang,” katanya.

Sementara itu, pengunjung dari Brunei Darussalam Mohd Tahir Othman, 66, dari Kampung Lambak Kanan, sanggup memandu jauh untuk menikmati kepelbagaian buah-buah tempatan di Limbang.

Beliau yang juga pesara tentera berkata banyak buah-buahan tempatan yang dijual di Limbang tidak ada di negaranya Brunei menyebabkan ia laris di sini.

Berikutan itu Mohd Tahir akan berkunjung ke Limbang sekitar dua kali dalam seminggu bagi memenuhi seleranya untuk menikmati keenakan pelbagai buah-buahan tempatan.

“Kebanyakkan buah-buahannya yang ada memang segar, dan hanya boleh didapati di Tamu Khamis dan Jumaat,” jelasnya.

Tambahnya selain pertukaran mata wang Brunei yang tinggi, kemudahan jalan raya dengan pembinaan Jambatan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien menghubungkan daerah Temburong Brunei dengan Bandar Seri Begawan memudahkan pengunjung dari negara itu transit ke Limbang.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan