Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jumlah mangsa banjir yang direkodkan di Kelantan dan Pahang tidak berubah sejak tengah malam tadi, melibatkan 48 mangsa daripada 13 keluarga yang masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara. Gambar fail TVS

Banjir: Jumlah mangsa di Kelantan, Pahang kekal – NADMA

ByBernama

KUALA LUMPUR, 3 Jan: Jumlah mangsa banjir yang direkodkan di Kelantan dan Pahang tidak berubah sejak tengah malam tadi, melibatkan 48 mangsa daripada 13 keluarga yang masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 6 pagi tadi.

Menurut laporan terkini situasi banjir di seluruh negara yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), di Kelantan, jumlah mangsa banjir kekal 26 orang daripada tujuh keluarga yang ditempatkan di PPS Pasir Mas.

Trend sama turut direkodkan di dua lokaliti di Pahang, dengan jumlah mangsa banjir kekal 12 orang daripada tiga keluarga masih berlindung di PPS Maran, manakala 10 mangsa daripada tiga keluarga berada di PPS Temerloh.

Sementara itu, tinjauan situasi status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati tiga sungai berada pada paras bahaya melibatkan Sungai Pulai di Johor Bahru, Sungai Golok di Tanah Merah (Kelantan) dan Sungai Arau (Perlis).

Laporan itu turut memaklumkan beberapa jalan ditutup akibat kerosakan antaranya Jalan Durian Mentangau di Dungun, Terengganu dan Jalan Sungai Sam ke Dabong di Jeli, Kelantan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan