Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pulau Pinang merekodkan sebanyak 12 kematian dalam tempoh setahun akibat demam denggi. Foto hiasan Envato.

12 mati akibat denggi di Pulau Pinang pada 2023

GEORGE TOWN, 3 Jan: Pulau Pinang merekodkan sebanyak 12 kematian pada 2023 iaitu sehingga Minggu Epid ke-52 tahun lalu akibat demam denggi.

Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) berkata, secara kumulatif sebanyak 7,346 kes telah direkodkan dalam tempoh berkenaan.

“Daerah Seberang Perai Tengah mencatatkan lima kematian dengan 3,510 kes, daerah Seberang Perai Selatan dengan empat kematian (1,297 kes) dan dua kematian di daerah Timur Laut (1,304 kes).

“Terdapat satu kematian di daerah Barat Daya (761 kes) dan tiada kematian direkodkan di daerah Seberang Perai Utara yang mencatatkan 474 kes,” kata kenyataan itu hari ini.

Semantara itu, kenyataan tersebut turut memaklumkan 38 kes chikungunya direkodkan dalam tempoh sama, namun tidak membabitkan kematian.

JKNPP turut menasihati orang ramai supaya kawasan rumah tidak mempunyai tempat air bertakung yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes selain menggunakan semburan aerosol di dalam rumah untuk membunuh nyamuk dewasa serta menggunakan krim penghalau nyamuk jika berada di luar rumah semasa awal pagi dan lewat petang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan