Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berucap di Majlis Makan Malam SABERKAS Cawangan Pantai Damai. Foto TVS

SABERKAS lahirkan ramai pemimpin pelapis berwibawa

KUCHING, 2 Jan: Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) menjadi landasan melahirkan generasi pemimpin yang akan mengemudi pentadbiran negeri.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, SABERKAS kini banyak melahirkan pemimpin-pemimpin yang berwibawa semenjak penubuhannya di bawah kepimpinan mantan Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Tun Abdul Rahman Yaakub bermula pada tahun 1973.

Ujar beliau, SABERKAS masih relevan dalam melahirkan pemimpin baharu dari generasi belia hari ini dan berhasrat menjadikan SABERKAS sebagai landasan melahirkan pemimpin yang berwibawa.

“Pada tahun 1973 di bawah kepimpinan mantan Ketua Menteri kita Allahyarham Tun Abdul Rahman Yaakub
membentuk satu badan yang menggabungkan Pertubuhan Belia Melayu dan Pertubuhan Belia Bidayuh satu ketika dahulu pada peringkat awal dan digabungkan menjadi Pertubuhan Belia Bersatu Sarawak ataupun SABERKAS dan diwartakan pada tahun 1973.

“Dalam usia 50 tahun ramai antara pemimpin-pemimpin tertinggi Sarawak yang telah dilahirkan daripada SABERKAS.

“Antaranya ialah Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bekas presiden SABERKAS, Premier kita, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah, Datuk Amar Awang Tengah dan ramai lagi barisan Kabinet,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap ketika menghadiri Majlis Makan Malam SABERKAS Cawangan Pantai Damai di Hotel Waterfront Kuching malam tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Pantai Damai itu berkata, generasi belia hari ini haruslah menyiapkan diri dengan pelbagai jenis kemahiran dan mengambil bahagian dalam membantu memajukan negeri.

“Memandangkan Sarawak kini fokus untuk menjadi sebuah negeri maju dan membangun menjelang 2030 para belia haruslah mempersiapkan diri dengan kemahiran-kemahiran tertentu,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan