Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
: Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah Ambang Tahun Baru 2024 yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching menahan 16 individu atas pelbagai kesalahan. Foto PDRM

Operasi cegah jenayah ambang tahun baru tahan 16 individu pelbagai kesalahan

KUCHING, 2 Jan: Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah Ambang Tahun Baru 2024 yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching menahan 16 individu atas pelbagai kesalahan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Superitendan Merbin Lisa berkata menerusi operasi pada malam 31 Disember, polis menahan lima individu di bawah Seksyen 379A, Kanun Keseksaan berkaitan curi kenderaan.

Tiga individu pula diberkas di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya kerana memiliki syabu, manakala lapan orang ditangkap di bawah Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya.

Kesemua suspek ditahan untuk siasatan selanjutnya.

“Operasi khas untuk pencegahan jenayah ambang tahun baru bertumpu di kawasan pusat hiburan, pusat komersil serta taman-taman perumahan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menerusi operasi itu, 483 individu dan 371 kenderaan telah diperiksa.

Sementara itu, menerusi Op Mabuk polis menahan tiga lelaki kerana disyaki mabuk dan disiasat di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Operasi di Jalan Laksamana Cheng Ho membuat pemeriksaan ke atas 92 kenderaan.

“Sebanyak 17 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik sepanjang operasi ini diadakan,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan