Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Lo Khere Chiang menyaksikan penyerahan cek bantuan UNIFOR kepada SK Sacred Heart di Kuching, hari ini. Foto TVS

Ahli politik GPS dapat lampu hijau masuk kawasan sekolah

KUCHING, 2 Jan: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini membenarkan ahli politik Gabungan Parti Sarawak (GPS) memasuki kawasan sekolah.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Dato Lo Khere Chiang, Menteri Pendidikan telah memberi lampu hijau kepada pemimpin GPS untuk terlibat dalam usaha membantu sekolah-sekolah di Sarawak.

Jelasnya, tindakan tersebut adalah bertepatan dalam usaha memastikan semua sekolah termasuk fasilitinya berada dalam keadaan yang baik dan selamat.

“Hari ini Kementerian Pendidikan di bawah Kerajaan Persekutuan telah membenarkan ahli politik GPS memasuki sekolah,” katanya pada sidang media penyerahan cek bantuan UNIFOR kepada sekolah mubaligh di Pusat Khidmat N13 Batu Kitang di sini, hari ini.

Selain itu, beliau turut menggesa agar Kerajaan Persekutuan untuk mengembalikan autonomi pendidikan kepada negeri Sarawak.

Jelasnya, perkara tersebut akan memudahkan kerajaan negeri untuk mengajar sejarah Sarawak terutama berkenaan Perjanjian Malaysia 1963.

“Tetapi saya lebih suka sekiranya Kerajaan Persekutuan memberi kita autonomi pendidikan bukan sahaja autonomi tetapi apa-apa peruntukan yang sepatutnya untuk Sarawak.

“Dengan keupayaan GPS hari ini kita dapat buat banyak untuk sekolah dan semoga kita dapat mengajar sejarah Sarawak dan MA63 kepada anak-anak kita,” jelasnya.

Sementara itu, Khere Chiang menyerahkan dana UNIFOR berjumlah RM102,000.00 kepada SK Sacred Heart untuk dana bantuan sekolah mubaligh di Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan