SIBU, 1 Jan: Polis mengesahkan tiga mangsa cedera terkena tembakan dalam kejadian di sebuah kedai kopi di Jalan Wong King Huo, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata ketiga-tiga mangsa berumur antara 27 dan 33 tahun itu kini dalam keadaan stabil.
“Esok (2 Jan), jam 10 pagi saya akan adakan sidang media (bagi menjelaskan kejadian ini) penuh,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, siasatan kes itu dilakukan di bawah Seksyen 307, Kanun Keseksaan.
Menerusi video yang tular di media sosial, suspek kelihatan melarikan diri selepas melepaskan tembakan.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku pada kira-kira 5 petang.



