Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kelantan FC tidak layak bertanding dalam saingan Liga Super 2024-2025 selepas gagal memperoleh Lesen Kebangsaan pada tarikh akhir semalam. Foto fail Bernama

Kelantan FC tak layak beraksi dalam Liga Super 2024-2025

ByBernama

KUALA LUMPUR, 1 Jan: Pasukan tercorot musim ini, Kelantan FC tidak layak bertanding dalam saingan Liga Super 2024-2025 selepas gagal memperoleh Lesen Kebangsaan pada tarikh akhir semalam.

Pengerusi badan bebas First Instance Body (FIB) Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif berkata, keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Pelesenan Kelab Liga Bolasepak Malaysia (MFL) FIB yang diadakan secara dalam talian semalam.

Beliau berkata, keputusan itu terpaksa dibuat selepas kegagalan Kelantan untuk melengkapkan dua Kriteria Kewangan di bawah subkriteria F.04 dan subkriteria F.11 sebelum tarikh akhir yang ditetapkan masing-masing pada 30 November dan 31 Disember.

Kriteria Kewangan di bawah subkriteria F.04 merujuk kepada No Payables Overdue Towards Employees, LHDN, KWSP, PERKESO & EIS – As At June, manakala sub-kriteria F.11 mengenai No Payables Overdue Towards Employees, LHDN, KWSP, PERKESO & EIS – As At August.

Setelah gagal menyelesaikan Langkah Pertama dan Langkah Kedua pada 30 November dan 31 Disember 2023, maka Kelantan FC gagal untuk mendapatkan Lesen Kebangsaan bagi saingan Liga Super 2024-2025,” katanya dalam kenyataan MFL hari ini.

Bagaimanapun, Sheikh Mohd Nasir berkata, Kelantan diberi peluang untuk mengemukakan rayuan kepada Badan Rayuan Pelesenan Kelab MFL sebelum 5 petang, 8 Januari ini terhadap keputusan FIB yang menolak permohonan mereka mendapatkan Lesen Kebangsaan.

Skuad The Red Warriors yang terpalit masalah kewangan musim ini menamatkan saingan Liga Super 2023 pada kedudukan tercorot dengan mengumpul lapan mata selepas tewas dalam 22 perlawanan dan meraih masing-masing dua keputusan menang dan seri. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan