Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang warga emas dan anaknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU), rentung dalam kejadian kebakaran pondok yang berlaku di sebuah dusun di Kampung Air Tarung. Foto JPBM

Dua beranak OKU rentung dalam kebakaran

ByBernama

IPOH, 1 Jan: Seorang warga emas dan anaknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU), rentung dalam kejadian kebakaran pondok yang berlaku di sebuah dusun di Kampung Air Tarung, Jalan Air Ganda, Gerik, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon berkata, laporan kejadian itu, diterima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik daripada pihak polis jam 7.38 pagi.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian mendapati, kebakaran tersebut melibatkan sebuah pondok yang telah musnah terbakar 95 peratus. Api telah padam sebelum pihak bomba sampai di lokasi.

“Terdapat dua mangsa perempuan, masing-masing berusia 76 tahun dan anaknya berusia 43 tahun yang merupakan OKU penglihatan, didapati rentung,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sayani berkata, mayat kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada polis jam 9.00 pagi untuk tindakan lanjut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan