Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Enam tonggak import yang digugurkan termasuk Sony Norde, Sardor Kulmatov, Omid Nazari, Adisak Kraisorn, Jordan Mintah dan kapten pasukan untuk musim 2023, Habib Haroon. Foto Bernama

TFC gugur 12 pemain musim depan

KUALA TERENGGANU, 31 Dis: Kelab Bola Sepak Terengganu FC (TFC) mengumumkan senarai 12 pemain yang tidak akan bersama pasukan itu lagi pada musim depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB), Mohd Sabri Abas berkata, enam tonggak import yang digugurkan termasuk Sony Norde, Sardor Kulmatov, Omid Nazari, Adisak Kraisorn, Jordan Mintah dan kapten pasukan untuk musim 2023, Habib Haroon.

Beliau berkata, lima pemain tempatan yang akan dilepaskan pula ialah Adib Zainuddin, Azarul Nazarith Azhar, Wan Mohamad Fazli Wan Ghazali, Rahmat Makasuf dan Shafawi Mohamad.

“Seorang lagi pemain yang dilepaskan ialah Liridon Krasniqi yang merupakan pemain naturalisasi yang dipinjamkan ke Terengganu oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) musim ini.

“TFC mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan serta selamat maju jaya kepada semua pemain yang telah mencurah bakti kepada kelab sepanjang musim ini,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook rasmi TFC hari ini.

Skuad Penyu dalam kenyataan sebelum ini mengumumkan akan menggunakan khidmat lima atau enam pemain import sahaja pada musim depan berbanding sembilan orang tahun ini, susulan langkah penjimatan perbelanjaan.

Bagaimanapun, khidmat ketua jurulatih kelahiran Croatia, Tomislav Steinbruckner dan penyerang import Ivan Mamut akan dikekalkan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

TFC yang berpangkalan di Kuala Nerus menamatkan musim 2023 dengan mara ke pentas final Piala Malaysia selepas kali terakhir pada 2018.

Namun begitu, impian mereka untuk menjulang piala paling berprestij itu tidak kesampaian apabila tumpas 1-3 di tangan JDT pada aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) 8 Disember lepas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan