KUCHING, 31 Dis: Lagenda rock tanah air, Dato Amy Search menggamatkan Sambutan Ambang Tahun Baru di Tebingan Kuching dengan menyanyikan dua lagu ‘killer’ kumpulan Search iaitu Isabella dan Fantasia Bulan Madu.
Amy, 65, membuatkan ribuan pengunjung seperti diserang histeria apabila memberikan persembahan bertenaga dalam kedua lagu tersebut.
Rindu peminat-peminat kumpulan Search di Sarawak seakan terubat apabila Amy menutup persembahannya dengan menyanyikan lagu Kerja Gila yang berjaya memukau ribuan pengunjung dari segenap lapisan masyarakat yang hadir di lokasi ini.
Selain Amy ,Sambutan Ambang Tahun Baharu 2024 di Sarawak ini bakal dihangatkan dengan persembahan oleh Hael Husaini, Kumpulan Floor 88 dan Kumpulan De Fam. – TVS