Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Annuar Rapaee berkata Program Tuisyen Percuma yang dibiayai Kerajaan Sarawak diperluaskan kepada pelajar tingkatan tiga berbanding hanya tingkatan lima sebelum ini.

Peruntukan Program Tuisyen Percuma kini RM15 juta, biayai pelajar tingkatan tiga dan lima

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 29 Dis: Peruntukan bagi membiayai Program Tuisyen Percuma pada tahun hadapan ditambah kepada RM15 juta berbanding RM10 juta sebelum ini, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr. Annuar Rapaee.

Menurutnya, program dibiayai Kerajaan Sarawak itu akan turut merangkumi pelajar tingkatan tiga sejajar dengan matlamat meningkatkan tahap penguasaan dalam Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) negara yang menurun.

“Dahulu program tuisyen percuma ini hanya melibatkan pelajar tingkatan lima, tetapi kali ini ia turut melibatkan pelajar tingkatan tiga dan ini adalah salah satu cara untuk mengurangkan isu penurunan penguasaan matematik, sains dan pembacaan dalam kalangan pelajar.

“Kita amat risau mengenai trend ini tetapi kita harus berusaha dan Kerajaan Sarawak mengambil langkah-langkah untuk menangani penguasaan pelajar-pelajar kita,” katanya menerusi rancangan temu bual Dialog TVS dengan tajuk Dasar Pendidikan Sarawak Seiring Pembangunan disiarkan malam tadi.

Jelas Annuar, Malaysia kini berada di kedudukan tercorot berbanding negara asia yang lain seperti Vietnam, Cambodia dan Brunei berdasarkan penilaian PISA ini.

“Kita harus bangkit, seluruh warga pendidikan perlu mengambil langkah drastik.

“Sekiranya tidak, keputusan PISA Malaysia akan terus menurun dan ini akan menjadikan generasi kita pada masa akan datang tidak dapat bersaing di peringkat global,” katanya.

PISA merupakan kajian sedunia oleh Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) di negara ahli dan bukan ahli yang bertujuan untuk menilai sistem pendidikan dengan mengukur prestasi skolastik murid sekolah berumur 15 tahun. tentang matematik, sains dan membaca.

Ia pertama kali dilakukan pada 2000 dan kemudian diulang setiap tiga tahun.

Matlamatnya adalah untuk menyediakan data yang setanding dengan tujuan untuk membolehkan negara meningkatkan dasar dan hasil pendidikan mereka. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan