Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki menyimbah cat ke atas empat rumah di Taman Kuala Bekah, Kepala Batas pada awal pagi Rabu. Foto PDRM

Ah Long simbah cat merah rumah peminjam, tiga jiran

KEPALA BATAS, 29 Dis: Sekurang-kurangnya empat rumah di Taman Kuala Bekah di sini dilaporkan terkena simbahan cat merah dipercayai dilakukan pemberi pinjaman wang haram atau Ah Long pada awal pagi Rabu (27 Disember).

Kejadian itu dipercayai berlaku sekitar 4.20 pagi ketika penghuninya sedang nyenyak tidur apabila seorang lelaki menyimbah cat pada pagar dan hadapan rumah.

Difahamkan kejadian berkenaan turut menyebabkan beberapa kereta yang diletakkan di hadapan rumah terkena cat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Asri Shafie berkata, pihaknya menerima empat aduan semalam berhubung kejadian itu yang membabitkan rumah seorang peminjam dan tiga rumah jirannya.

“Siasatan mendapati salah seorang daripada mangsa telah membuat pinjaman secara dalam talian melalui laman sosial Facebook pada awal November lalu.

“Mangsa mengesahkan telah menjelaskan bayaran balik, namun masih diganggu oleh pemberi pinjam wang yang masih menuntut bayaran tambahan daripadanya,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tambah Mohd Asri, pihak forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan siasatan di tempat kejadian dan mengambil sampel cat yang ditinggalkan suspek untuk dianalisa.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah mangsa, perbuatan membaling cat dibuat oleh seorang lelaki yang menunggang motosikal.

Kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan