Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad. Foto: TVS

Abdul Wahab bersara, Nor Hisham jalankan tugas Ketua Pengarah JBPM mulai 1 Jan

ByBernama

PUTRAJAYA, 29 Dis: Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Nor Hisham Mohamad akan menjalankan tugas Ketua Pengarah JBPM mulai 1 Jan 2024, susulan persaraan Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin.

Abdul Wahab akan bersara wajib daripada perkhidmatan awam berkuat kuasa 31 Dis ini, selepas 38 tahun berkhidmat dalam pasukan ‘wira merah’ itu.

Pada majlis perbarisan penghargaan Ketua Pengarah JBPM di sini hari ini, Abdul Wahab yang memegang jawatan tertinggi itu sejak 15 Feb lepas, turut memeriksa perbarisan kawalan hormat terdiri daripada dua pegawai dan 99 anggota JBPM lain-lain pangkat, dengan diiringi pancaragam pasukan berkenaan

Beliau turut menaiki kenderaan istiadat yang ditarik beberapa pegawai kanan JBPM.

Terdahulu, Abdul Wahab melakukan imbasan biometrik sebagai simbolik hari terakhir beliau berkhidmat.

Abdul Wahab memulakan perkhidmatan dalam pasukan itu pada 14 Jan 1985 sebagai Penolong Penguasa Bomba dan pernah memegang pelbagai jawatan antaranya Timbalan Pengarah JBPM Kedah, Kelantan, Selangor serta Pahang.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis berkenaan, beliau menzahirkan penghargaan kepada Menteri Perumahandan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming atas sokongan yang diberikan sepanjang mengemudi jabatan itu.

Beliau turut mengingatkan semua anggota agar memberikan kerjasama penuh kepada Ketua Pengarah JBPM baharu yang dijangka dilantik pada awal tahun hadapan.

“Saya ingin berpesan kepada semua warga jabatan (JBPM) agar terus berkhidmat dengan lebih cemerlang dan sentiasa meletakkan kepentingan masyarakat sebagai paling utama serta sentiasa menanam sikap berintegriti, ikhlas dan profesional ketika melaksanakan tugas,” katanya.

Abdul Wahab berkata pengetahuan serta kemahiran dalam aspek kebombaan dan penyelamat juga perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi membolehkan JBPM mencapai prestasi lebih cemerlang pada masa akan datang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan