Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sejak 7 Oktober lalu, angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada 20,915 disahkan oleh Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan pada Selasa. Foto AFP.

Perancis tuntut gencatan senjata berpanjangan di Gaza – Macron

ByAFP

PARIS, 28 Dis: Presiden Perancis Emmanuel Macron menuntut untuk gencatan senjata berpanjangan di Gaza dalam satu panggilan telefon dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Rabu susulan krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di wilayah berkenaan.

“Perancis akan bekerjasama dengan Jordan bagi operasi kemanusiaan di Gaza”, kata Macron dalam satu kenyataan.

Macron yang merupakan sekutu Netanyahu sejak konflik berkenaan tercetus meluahkan kebimbangan kepada Perdana Menteri Israel itu berhubung kematian orang awam dan kecemasan kemanusiaan di Gaza.

Selain itu, beliau turut menyentuh tentang kepentingan usaha bagi menamatkan keganasan peneroka haram Yahudi terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat, selain menghalang sebarang penempatan baharu buat golongan tersebut.

Sejak 7 Oktober lalu, angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada 20,915 disahkan oleh Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan pada Selasa.

Jurucakap kementerian, Ashraf al-Qudra berkata, 54,918 yang lain cedera akibat serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza.

“Sekurang-kurangnya 241 orang terbunuh dan 382 lagi cedera dalam serangan Israel dalam tempoh 24 jam yang lalu,” kata al-Qudra dalam satu kenyataan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan