Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bagi memastikan Konsert Sar X Indo berjalan lancar, polis akan melakukan lencongan dan tapisan keselamatan di tempat pemeriksaan 1 di persimpangan Damai Golf & Country Club. Gambar rajah PDRM

Penonton Konsert Sar X Indo digalak guna bas ke Kampung Budaya

ByJennisey Mike

KUCHING, 28 Dis: Bagi memastikan Konsert Sar X Indo berjalan lancar, polis akan melakukan penutupan dan lencongan serta tapisan keselamatan di tempat pemeriksaan 1 di persimpangan Damai Golf & Country Club.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Superitendan Merbin Lisa berkata lencongan dan tapisan konsert diadakan di Kampung Budaya Sarawak itu bermula 12 tengah hari hingga selesai pada 29 dan 30 Disember.

“Orang ramai yang ingin datang menyaksikan konsert tersebut adalah digalakkan supaya menggunakan perkhidmatan bas disediakan penganjur dari Hotel Pullman ke Kampung Budaya Sarawak bermula dari 11 pagi,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurutnya, hanya kenderaan yang mempunyai pas dibenarkan masuk ke lokasi.

Kenderaan yang tidak mempunyai pas adalah dinasihatkan supaya diletakkan di lokasi yang dibenarkan pegawai polis yang bertugas.

“Orang ramai diingatkan supaya tidak meletakkan kenderaan ‘double parking’ yang boleh menghalang lalu lintas dan sentiasa mematuhi arahan daripada pegawai polis yang bertugas untuk memastikan pergerakan lalulintas di lokasi lancar,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan