Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penumpuan angin dijangka berlaku di selatan Semenanjung dan barat Sarawak pada Sabtu ini hingga 4 Jan depan. Gambar hiasan Envato

Tumpuan angin dijangka berlaku di selatan Semenanjung, barat Sarawak mulai Sabtu

ByBernama

KUALA LUMPUR, 28 Dis: Penumpuan angin dijangka berlaku di selatan Semenanjung dan barat Sarawak pada Sabtu ini hingga 4 Jan depan, berdasarkan analisis model-model cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

Laporan harian bencana yang dikeluarkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan keadaan itu boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di kawasan berkenaan.

“Sementara itu, di negeri lain, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku pada sebelah petang sehingga malam,” menurut laporan itu.

Dalam pada itu, laporan berkenaan memaklumkan setakat hari ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menutup bekalan di beberapa pencawang elektrik bagi memastikan keselamatan pengguna.

Terdapat 26 kawasan di Kelantan dan enam kawasan di Terengganu yang tidak mendapat bekalan elektrik ekoran langkah penutupan bekalan oleh TNB.

“Sekiranya banjir bertambah buruk, berisiko serta membahayakan keadaan, penutupan bekalan akan dilakukan di pencawang elektrik yang terlibat bagi memastikan keselamatan pengguna,” menurut laporan itu.

Bagaimanapun, setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) yang mengalami gangguan bekalan elektrik berikutan pembekalan tenaga itu dilakukan daripada sistem grid, satu mobile genset dan dua portable genset di Kelantan serta dua portable genset di Terengganu.

Sementara itu, setakat semalam terdapat 12 badan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar di bawah Rakan NADMA menyalurkan bantuan seperti kit kebersihan, tuala wanita, tilam, lampin dewasa, kain batik, makanan ringan, pakaian dalam, makanan sedia dimakan dan kit kelangsungan hidup. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan