Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Annuar Rapaee berkata pendidikan tertiari percuma dapat disediakan dengan unjuran pendapatan Sarawak yang meningkat menjelang 2030.

Pendidikan tertiari percuma tidak naikkan cukai, tidak jejaskan dana pembangunan

ByAmirah Shawel

KUCHING, 28 Dis: Kerajaan Sarawak tidak akan menaikkan kadar cukai dan memotong peruntukan bagi projek pembangunan apabila melaksanakan inisiatif pendidikan tertiari yang bermula pada 2026.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata inisiatif itu dapat disediakan dengan unjuran pendapatan kerajaan negeri yang meningkat menjelang 2030.

Tiada kenaikan cukai, potong kos projek laksana inisiatif pendidikan percuma | TVS

“Kita tidak akan berbuat demikian (naikkan cukai dan potong dana pembangunan) kerana dasar ini dibuat apabila kita tahu pendapatan kita akan meningkat.

“Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sering memberitahu Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan pendapatan kita akan meningkat menjelang 2030,” katanya kepada pemberita dalam satu wawancara menerusi aplikasi Zoom, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan pengguna media sosial bahawa Kerajaan Sarawak akan mengenakan kenaikan pada kadar cukai, selain memotong kos pembangunan jika memberikan pendidikan percuma kepada anak Sarawak.

Menurutnya, inisiatif  tersebut adalah antara langkah kerajaan dalam mengembalikan semula pendapatan negeri kepada rakyat.

Pada 22 Nov lepas, Dr Annuar dilaporkan berkata 25,000 penuntut Sarawak di negeri ini dijangka menerima manfaat daripada dasar pendidikan tinggi percuma itu nanti.

Abang Johari pada 1 Oktober lepas berkata pendidikan percuma di universiti serta institusi pengajian tinggi milik Kerajaan Sarawak adalah untuk anak jati Bumi Kenyalang dan dijangka dilaksanakan pada 2026.

Beliau berkata unjuran pendapatan tahunan Sarawak yang terus menunjukkan peningkatan sejak 2020 telah memberikan keyakinan kepadanya untuk menetapkan jangkaan itu oleh kerajaan negeri.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan