Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Banjir yang melanda wilayah Aceh Utara terus merebak sementara pasukan BPBD terus berupaya memindahkan mangsa banjir yang terjejas disana. Foto BPBD Aceh Utara

Banjir: Aceh Utara diiystihar darurat bencana 14 hari

JAKARTA, 28 Dis: Kerajaan wilayah Aceh Utara mengisytiharkan status darurat bencana banjir selama 14 hari berikutan keadaan  banjir di kawasan itu semakin menjejaskan sebahagian besar wilayah itu sejak Isnin lalu.

Menurut Ketua Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Kabupaten Aceh Utara, Asnawi, kawasan itu dilanda banjir susulan paras air sungai yang masih tinggi selain hujan yang berterusan di kawasan hulu Aceh Utara dan Bener Meriah.

“Paras air sungai masih tinggi berikutan hujan yang berterusan menyebabkan aras air semakin meningkat hingga menjejaskan kawasan lain, mengikuti hasil penilaian kami, banjir telah menjejaskan 108 kampung di 13 mukim dengan paras air antara 100 hingga 150 sentimeter,” katanya.

Ia turut mendedahkan hasil penilaian pantas menunjukkan banjir telah menjejaskan 12,826 keluarga atau 44,244 orang.

Bagaimanapun, setakat ini hanya 1,173 keluarga atau 4,048 orang telah berjaya dipindahkan oleh pasukan BPBD sementara upaya pemindahan terus dijalankan.

Sekurang-kurangnya 18 tempat pemindahan sementara telah siap serta bakal ditambah berikutan masih ramai penduduk yang terjejas.

Selain itu, Asnawi turut memberitahu, banjir menyebabkan orang ramai tidak dapat menjalankan aktiviti ekonomi kerana jalan utama telah terputus dan ribuan hektar sawah serta ratusan hektar kolam ikan turut terjejas akibat banjir. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan