Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ibu tunggal, M. Vijairani, 44, diiringi polis ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini bagi berdepan 29 pertuduhan pecah amanah harta syarikat. Foto TVS

Ibu tunggal tak mengaku salah pecah amanah wang syarikat lebih RM350,000

BUTTERWORTH, 27 Dis: Seorang ibu tunggal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 29 pertuduhan pecah amanah wang syarikat berjumlah lebih RM350,000 antara 2021 hingga tahun ini.

Tertuduh M. Vijairani, 44, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Mengikut pertuduhan, wanita itu bekerja sebagai eksekutif pentadbiran kawalan keselamatan didakwa melakukan pecah amanah harta syarikat berjumlah lebih RM350,000 namun curang menyalahgunakannya.

Susulan itu dia didakwa melakukan kesalahan berkenaan di sebuah syarikat di Jalan Chain Ferry, Taman Inderawasih Perai dalam Derah Seberang Perai Tengah antara April 2021 hingga Mei 2023.

Vijairani didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara antara setahun hingga 14 tahun, sebatan dan denda.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak, manakala tertuduh diwakili peguam G. Shanmugam.

Mahakamah membenarkan ibu dua cahaya mata itu diikat jamin RM3,000 bagi setiap pertuduhan yang menjadikan keseluruhan sebanyak RM87,000.

Kes akan disebut semula 24 Januari depan bagi serahan dokumen. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan