KUCHING, 26 Dis: ‘Jodoh’ pengantin baharu, Yuki Tanigawa bersama The Cats masih panjang apabila diikat pasukan itu untuk tempoh dua tahun lagi.
Menerusi pengumuman di media sosial Kuching City FC hari ini, pemain pertahanan itu sah akan membarisi skuad kendalian Aidil Shahrin Sahak bersaing dalam kancah Liga Super 2024.
Import Kuching City FC, Yuki Tanigawa tamatkan zaman bujang dengan wanita Sarawak
“Dua tahun untuk pengantin baharu.Yuki baharu sahaja menandatangani kontrak selama dua tahun sehingga 2025.
“Semoga sentiasa berada dalam prestasi terbaik untuk Liga Super 2024/2024,” tulis kenyataan itu.
Yuki menerima kontrak daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kuching City FC, Iswandi Ali Hassan.
Pada Khamis lepas, pemain berusia 26 tahun itu menamatkan zaman bujangnya bersama wanita Sarawak, Hanisha Ibrahim di Matang.
Sepanjang bersama skuad berkenaan, dia menghasilkan dua gol dalam saingan Liga Super selain membantu pasukannya muncul naib juara Piala Cabaran MFL 2023. -TVS