Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kelantan merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan 14,006 orang daripada 4,288 keluarga di 94 PPS di lapan daerah

Lebih 25,000 mangsa banjir, tanah runtuh dipindah ke PPS

ByBernama

KUALA LUMPUR, 26 Dis: Sejumlah 25,438 mangsa dipindahkan ke 199 pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor yang dilanda banjir serta tanah runtuh.

Laporan terkini kejadian bencana dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan setakat 12 tengah hari tadi, Kelantan merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan 14,006 orang daripada 4,288 keluarga yang berlindung di 94 PPS di lapan daerah.

Daerah yang terjejas di negeri itu ialah Gua Musang, Jeli, Kota Bharu, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh dan Tanah Merah.

Jumlah berkenaan meningkat berbanding 11,216  mangsa daripada 3,444 keluarga yang ditempatkan di 72 PPS di enam daerah terjejas, 12 tengah malam tadi.

Terengganu pula menjadi negeri kedua dengan bilangan mangsa banjir tertinggi iaitu 10,643 orang daripada 2,913 keluarga yang ditempatkan di 134 PPS di tujuh daerah, bertambah berbanding 6,724 orang daripada 1,791 keluarga di 110 PPS, malam tadi.

Daerah yang terjejas membabitkan Besut, Dungun, Hulu Terengganu, Kemaman, Kuala Terengganu, Marang dan Setiu.

Pahang pula mencatatkan sedikit penurunan kepada 785 mangsa daripada 187 keluarga petang ini yang berlindung di 13 PPS di Lipis, Raub dan Cameron Highlands, berbanding 791 mangsa daripada 187 keluarga di 16 PPS malam tadi.

Daripada jumlah itu, 87 mangsa daripada 17 keluarga ditempatkan di sebuah PPS di Cameron Highlands susulan tanah runtuh.

Selangor kekal merekodkan empat mangsa daripada satu keluarga yang dipindahkan ke sebuah PPS yang dibuka di Kuala Langat, Selangor.

Setakat waktu sama, di Kelantan, paras air Sungai Kelantan di Kuala Krai, Machang dan Gua Musang serta Sungai Golok di Pasir Mas merekodkan bacaan tahap bahaya, manakala di Terengganu bacaan sama direkodkan di Sungai Terengganu di Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Setiu, serta Sungai Kemaman dan Sungai Dungun. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan