Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gmabar hiasan. Foto: Envato

Pemerdagangan orang: Pesawat terkandas di Perancis berlepas ke India

ByBernama

MOSCOW, 26 Dis: Pesawat penumpang yang dilarang berlepas semasa singgah di lapangan terbang Perancis minggu lepas rentetan disyaki mempunyai kaitan dengan kes pemerdagangan orang akan berlepas ke India pada pagi Isnin, lapor Sputnik memetik media Perancis.

Penerbangan dijadual pada 10 pagi waktu tempatan (09:00 GMT), menurut peguam Legend Airlines, pengendali penerbangan Romania.

Kedutaan India di Paris pada Jumaat berkata, pihaknya telah dimaklumkan oleh pihak berkuasa Perancis bahawa sebuah kapal terbang yang berlepas dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Nicaragua membawa 303 penumpang terutamanya warga India, telah ditahan semasa singgah mengisi minyak di Marne.

Media Perancis melaporkan bahawa terdapat laporan yang mendakwa beberapa penumpang menjadi mangsa pemerdagangan orang.

Penumpang yang terkandas terpaksa menghabiskan hujung minggu mereka di lapangan terbang Vatry dekat Paris untuk soal siasat dan akhirnya diberi kebenaran meneruskan penerbangan mereka pada Ahad, lapor BFMTV. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan