Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
King Sing ditemui semasa hadir Rumah Terbuka Krismas anjuran Datuk Henry Harry Jinep di Bau hari ini. Foto, TVS.

Nak kahwin jangan gelojoh, kata King Sing

BAU, 26 Dis: Status penyertaan Parti Sarawak Bersatu (PSB) ke Parti Demokratik Progresif (PDP) hanya akan dimaklumkan apabila tiba masanya.

Presiden PDP, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, ini kerana beliau perlu memahami situasi berkenaan terlebih dahulu memandangkan baharu pulang dari China.

Tunggu masa sesuai kita akan umumkan – King Sing | TVS

“Mahu kahwin mesti perlahan-lahan, tidak boleh satu hari terus kahwin.

“Jangan risau apabila tiba masanya saya akan maklumkan,” katanya kepada pemberita selepas hadir Rumah Terbuka Krismas anjuran Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut), Datuk Henry Harry Jinep di sini hari ini.

King Sing diminta mengulas kenyataan Presiden PSB, Dato Sri Wong Soon Koh berhubung pembubaran partinya yang dikatakan akan dilakukan sebelum Tahun Baharu Cina 2024.

Langkah itu bagi membolehkan kira-kira 80,000 ahli PSB di Sarawak menyertai PDP.

Semalam, Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengesahkan gabungan itu belum memberikan ‘lampu hijau’ kepada ahli PSB untuk menyertai PDP sebagai antara komponen gabungan politik itu.

PDP merupakan salah satu parti politik tempatan yang membentuk GPS bersama Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Sementara itu, King Sing yang juga Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya juga tidak memberi bayangan bila PDP akan membuat pengumuman berkenaan.

Sebelum ini Timbalan Presiden PSB, Dr Johnical Rayong Ngipa memberitahu PSB dijangka akan dibubarkan tahun depan.

Namun proses tersebut akan dirujuk kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) terlebih dahulu.

Sebelum ini, PDP dan PSB telah menandatangani satu memorandum persefahaman bagi menjalin kerjasama untuk melihat kemakmuran dan kestabilan politik dalam negara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan