Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua suspek yang berumur lingkungan 36 hingga 48 tahun itu ditahan semalam dalam operasi khas pada 2.30 pagi. Foto Bernama

Ketua sindiket dadah antara 10 individu ditahan dalam operasi khas di Sabah – Ayob Khan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 26 Dis: Ketua sindiket dadah bergelar ‘Datuk’ antara 10 lelaki ditahan di Sabah kerana disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri itu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua suspek yang berumur lingkungan 36 hingga 48 tahun itu ditahan semalam dalam operasi khas pada 2.30 pagi.

Beliau berkata, operasi itu melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).

“Dalam operasi ini, beberapa siri serbuan telah dijalankan secara serentak di sekitar Kota Kinabalu dan Pantai Timur Sabah melibatkan daerah Tawau dan Semporna.

“Sindiket itu dipercayai terlibat secara aktif dalam kegiatan pengedaran dadah jenis syabu sejak tahun 2015,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, di sini hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan