Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Soudi Al Nadak berkahwin dengan Jamal Al Nadak selepas bercinta di universiti. Foto DailyMail

Isteri jutawan Dubai terima RM 1.39 juta setiap kali hamil

ByNadhir Azfar

LONDON, 26 Dis: Seorang jutawan membayar sejumlah $300,000 (RM 1.39 juta) kepada isterinya untuk setiap kehamilan.

Soudi Al Nadak, 26, merupakan isteri kepada jutawan Dubai, Jamal Al Nadak yang telah berkahwin sejak tiga tahun lalu dan menetap di Dubai.

Menurut portal berita United Kingdom, DailyMail, bayaran tersebut merupakan perjanjian yang dipersetujui oleh pasangan itu.

Soudi yang berasal dari Sussex, United Kingdom, memuat naik video yang menunjukkan kehidupan seharian mereka berdua di akaun TikTok miliknya, @soudiofarabia.

Dalam sebuah video terbaru, Soudi berkongsi tentang perkara-perkara yang perlu ditunaikan oleh suaminya sebelum Soudi bersetuju untuk hamil dan antaranya ialah bayaran sebanyak RM 1.39 juta tersebut.

“Saya telah menjelaskan kepada Jamal bahawa kos untuk seorang bayi adalah $300,000 (RM 1.39 juta), dua bayi adalah $600,000 dan seterusnya,” kata Soudi dalam video tersebut.

“Semua ini adalah untuk kos pembayaran semasa bersalin nanti termasuklah segala kos-kos perubatan yang mungkin diperlukan untuk bayi. Saya juga boleh menggunakan kad kredit suami saya sekiranya memerlukan,” jelasnya dengan lebih lanjut.

Selain permintaan $300,000 untuk setiap bayi, Soudi juga menetapkan beberapa permintaan lain seperti cincin perkahwinan yang mewah, sepasukan ahli jurusolek peribadi, dirinya tidak perlu bekerja lagi, dan hadiah-hadiah mewah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan