Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki maut disengat tebuan tanah ketika melakukan aktiviti permotoran berhampiran Felda Tenang, Hutan Simpan Jalan Temayong, Labis, dekat Segamat, petang semalam. Foto JBPM

Lelaki maut disengat tebuan tanah

ByBernama

SEGAMAT, 25 Dis: Seorang lelaki maut disengat tebuan tanah ketika melakukan aktiviti permotoran berhampiran Felda Tenang, Hutan Simpan Jalan Temayong, Labis, dekat Segamat, petang semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labis, PBK II Hairisyah Wahid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.24 petang semalam dan seramai tujuh anggota berserta sebuah jentera FRT dan sebuah EMRS telah digerakkan ke lokasi.

Beliau berkata, setibanya di lokasi, terdapat seorang lelaki yang dikenali sebagai Halmi Tahrin, 42, telah disengat tebuan tanah.

“Mangsa kemudiannya disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) dari Klinik Kesihatan Labis.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) kemudiannya bertindak mengeluarkan mangsa dari lokasi kejadian dan menyerahkan mangsa kepada polis untuk tindakan yang selanjutnya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found