HOUSTON, 25 Dis: Seorang maut manakala empat lagi cedera ditembak selepas berlaku pertengkaran di luar sebuah kelab di Houston pada Ahad, kata pihak berkuasa, lapor Xinhua.
“Kejadian berlaku kira-kira 3 pagi waktu tempatan (0900 GMT), seorang lelaki cuba melarikan diri sebelum rebah akibat kecederaan dialami,” kata Penolong Ketua Polis Houston Megan Howard pada sidang media.
Howard berkata, lelaki itu dikenal pasti sebagai Isaiah Paker, berusia 20-an dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dengan beberapa kesan tembakan.
Parker bertugas sebagai pekerja rencam dan menghadiri parti Krismas bersama 14 adik-beradiknya beberapa jam sebelum kejadian, lapor media tempatan memetik keluarga mangsa.
Seramai lima lelaki berusia awal 20-an melarikan diri dari tempat kejadian menaiki sebuah trak yang disyaki dicuri.
Pemandu dan trak berkenaan belum ditemukan. – TVS