Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Teater Muzikal Sayang Sarawak, Jalot Jeman bersama para pelakon merakamkan gambar kenangan selepas berjaya melakukan pementasan teater muzikal Sayang Sarawak di IPG Batu Lintang malam tadi. Foto TVS

Teater Sayang Sarawak angkat tema cinta antara dua darjat dan perjuangan mempertahankan tanah air

KUCHING, 24 Dis: Teater muzikal Sayang Sarawak bertemakan cinta antara dua darjat berkisar sekitar tahun 1960-an menceritakan kisah romantis antara Buang dan Ros iaitu anak kepada penghulu Kampung Tok Dalang yang mana percintaan mereka dirahsiakan atas dasar darjat yang berbeza, Buang hanyalah seorang pekerja kepada Tok Dalang.

Pengarah Teater Muzikal Sayang Sarawak Jalot Jeman berkata, konflik terjadi apabila hadirnya orang ketiga Putit anak orang kaya Bujang mempunyai agenda tersendiri dan tamak.

@tvstvmy

Sekilas pementasan teater muzikal “Sayang Sarawak” yang sedang berlangsung di Auditorium Tun Ahmad Zaidi, IPG Batu Lintang, Kuching. Pementasan ini dianjurkan oleh Persatuan Anak Seni Sarawak. 📹 TVS 📱 Strim live di tvstv.my atau di aplikasi MYTV Mana-Mana, Unifi TV dan Astro GO sekarang! #TVS122 #TVSNews

♬ original sound – TVS News – TVS News

Menurutnya, hasil kekayaannya adalah dengan menipu orang kampung dengan menjual tanah mereka untuk dibangunkan pihak ketiga iaitu orang putih yang menjadi tali barut.

“Klimaks plot terjadi apabila orang kampung mendapat pampasan yang sedikit dan menyebabkan orang kampung marah padanya namun Putit menggunakan kekerasan dan ugutan yang membuat orang kampung takut dan terpaksa menjual tanah mereka.

“Putit berhasrat untuk merampas tanah Tok Penghulu kerana tanah Tok Penghulu amat berharga dan boleh membuatkan putit menjadi kaya raya. Dengan cara mengahwini Ros maka Putit akan menguasai semua harta Tok Penghulu,” katanya selepas melakukan pementasan teater muzikal Sayang Sarawak di Institut Pendidikan Guru (IPG) Batu Lintang di sini, malam tadi.

Menjelas lanjut, katanya, Ros tidak menyintai Putit kerana hatinya telah dimiliki Buang, atas dasar tidak mahu mengecewakan ayahnya, Ros dengan berat hati bersetuju atas lamaran ayah Putit untuk mengahwini Putit.

“Perkahwinan antara Ros dan Putit bukanlah atas dasar cinta tetapi atas dasar harta. Buang terasa amat kecewa dan ingin meninggalkan kampung itu lalu merantau ke tempat lain.

“Epilog teater ini berakhir apabila Buang terdengar hasrat Putit untuk merampas dan menjual tanah Tok Penghulu kepada orang asing itu. Akhirnya Putit ditangkap orang kampung kerana cuba menipu dan cubaan membunuh Tok Penghulu dan Buang,” ujarnya.

Teater muzikal ini dibintangi bakat tempatan seperti Saiful Bahrin, Pretty Nina, Awang Rizal, Hazis Wahab dan Ali Mohamad sebagai watak utama manakala watak pembantu pula ialah Anwar Jeffry, Siti Sabariah, Nadhar Idruze, Aluna dan Rashid Supardi. -TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found