Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan pikap dan kereta berhampiran Simpang Bakas, Jalan Pan Borneo di sini, awal pagi tadi. Foto BBP Batu Niah

Seorang maut, 3 cedera kemalangan di Bekenu

BySafri Ali

BEKENU, 24 Dis: Seorang lelaki maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan pikap dan kereta berhampiran Simpang Bakas, Jalan Pan Borneo di sini, awal pagi tadi.

Mangsa Freddy Jesey ak Rindy,26, penumpang bahagian belakang kereta Perodua Axia disahkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) maut di lokasi kejadian manakala pemandu berusia 33 tahun dan penumpang bahagian hadapan berusia 31 tahun cedera di bahagian kaki.

Pemandu serta tiga penumpang lelaki berusia 26 hingga 43 tahun termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun menaiki pikap tidak mengalami sebarang kecederaan dałam kejadian berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 4.26 pagi dengan menggerakkan anggota dări Bălai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati kemalangan melibatkan dua buah kenderaan dipandu dari arah bertentangan di Jalan Pan Borneo iaitu jalan sehala berkembar telah di jadikan jalan dua hala menuju ke Miri dan Bintulu.

“Penyelamatan dilakukan berkonsepkan SAVER, mangsa dibawa keluar dan dipindahkan ke tempat yang selamat.Pihak KKM mengesahkan mangsa yang duduk di kerusi penumpang bahagian belakang telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak KKM manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Pihak bomba membuat pembersihan jalan dari serpihan-serpihan kaca sehingga jalan selamat untuk digunakan semula,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan