Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Ding Kuong Hiing menyampaikan kalender tahun baharu kepada masyarakat di Pasar Tamu Bintangor. Foto Pusat Khidmat DUN Meradong

COVID-19: Jangan abai keselamatan diri

BINTANGOR, 24 Dis: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing mengingatkan orang ramai agar tidak leka dalam menghadapi ancaman penularan COVID-19 yang masih belum berakhir.

Menurutnya, catatan kes jangkitan yang terbaharu yang dilaporkan berlaku di seluruh negara ketika ini perlu diberi perhatian serius oleh setiap penduduk.

Katanya, walaupun keadaan masih terkawal namun, kealpaan boleh mengakibatkan jumlah kes jangkitan melonjak terutama pada musim perayaan dan program keramaian.

“Antara langkah-langkah pencegahan yang disaran termasuklah memakai pelitup muka, menjaga kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan.

“Pada masa yang sama, kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas, individu dengan penyakit kronik, individu dengan imuniti rendah juga digalakkan memakai pelitup muka,” katanya.

Kuong hiing menegaskan, adalah menjadi tanggungjawab setiap individu untuk terus mengamalkan kawalan kendiri bagi bersama-sama memutuskan rantaian penularan wabak berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkesempatan menyampaikan sumbangan 8,000 keping kalender tahun baharu kepada orang ramai di Pasar Tamu Bintangor, hari ini.

Sementara pada Jumaat dan Sabtu lalu, pemimpin itu turut berpeluang menghulurkan sumbangan Geran Projek Kecil Luar Luar Bandar (MRP) berjumlah RM75,000 kepada pelbagai persatuan dan pertubuhan di Bintangor selain menyempurnakan perasmian kejohanan Street Soccer Belia Simpang Tiga Bintangor Anjuran Kelab Ukhuwah Daerah Meradong. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan