Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat mangsa serangan buaya di Sungai Samariang Aman di sini sudah ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat pagi tadi, namun dalam keadaan tidak sempurna. Foto, BBP Petra Jaya.

Mayat mangsa serangan buaya di Samariang ditemukan tanpa kaki dan tangan kanan

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 24 Dis: Mayat mangsa serangan buaya di Sungai Samariang Aman di sini ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pagi tadi dalam keadaan tidak sempurna.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya, Timbalan Penguasa Bomba II (TPgB II) Latif Iring berkata, mayat ditemui terapung pada 11 pagi, kira-kira dua kilometer (km) dari pusat kawalan operasi.

Kata beliau, mangsa ditemui dalam keadaan kaki dan tangan kanan hilang serta bahagian tengkuk patah.

‚ÄúPengecaman yang dilakukan oleh ibu bapa mangsa mengesahkan itu mayat Mohammad Faqrul Zaimi yang dilaporkan hilang semalam,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Sempat mohon maaf dengan ayah sebelum disambar buaya

Menurut Irpin, mayat telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk proses bedah siasat.

Katanya, operasi SAR hari kedua melibatkan seramai 33 anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Berikutan penemuan itu, Irpin memberitahu, operasi SAR ditamatkan pada 12.45 tengah hari tadi.

Semalam, seorang remaja lelaki dari Kampung Moyan Asajaya, dikhuatiri dibaham buaya ketika  menjala udang bersama tiga lagi rakannya di sungai berkenaan.

Sempat mohon maaf dengan ayah sebelum disambar buaya

Menurut salah seorang rakan mangsa, kesemua mereka turun ke sungai apabila jala yang digunakan telah tersangkut.

Mangsa yang ketika itu berada paling hadapan telah disambar buaya dan ditarik oleh reptilia gas itu ke hulu sungai.

Kejadian semalam merupakan kes ketiga serangan buaya di Sarawak pada tahun ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan