Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan

Mayat bayi perempuan ditemukan dalam tong sampah sanitasi

ByBernama

KOTA KINABALU, 22 Dis: Mayat bayi perempuan yang cukup sifat ditemukan di dalam tong sampah sanitasi di sebuah pusat beli-belah di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Supt Kalsom Idris berkata polis menerima aduan daripada seorang penyelia syarikat pembersihan yang menemukan mayat bayi itu ketika menukar plastik tong sampah sanitasi pada kira-kira 9.40 malam.

“Polis telah ke lokasi kejadian dan hasil pemeriksaan mendapati mayat bayi itu dibalut dengan tuala.

“Turut ditemukan cebisan kertas yang bertulis, “Saya meminta maaf dan meminta tolong mencari tempat sesuai untuk anak saya. Terima kasih pertolongan anda, jangan kecam saya. Saya pun tidak mahu ini terjadi,” katanya menerusi kenyataan di sini malam ini.

Kalsom berkata polis sedang menjalankan siasatan menerusi rakaman litar tertutup di kawasan kejadian selain membuat risikan untuk mengenal pasti suspek.

Menurutnya kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes itu diminta berhubung dengan Inspektor Hatikah Ahmad@ Abd Ghani di talian 0168337243,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan