Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Mancha Acha menunjukkan salah sebuah kereta yang dipercayai digunakan oleh kumpulan penjenayah yang memecah kedai di beberapa kawasan di Sarawak. Foto, TVS.

Penjenayah kerap tukar warna cat kereta elak dikesan ditumpaskan polis Sarawak

KUCHING, 21 Dis: Taktik satu kumpulan yang kerap menukar warna cat kereta bagi mengaburi mata pihak berkuasa ketika melakukan jenayah pecah kedai berakhir apabila mereka ditumpaskan polis.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Macha Ata berkata, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak menyerbu sebuah rumah di Matang kira – kira pukul 3.15 petang pada 14 Disember lepas,

Katanya polis berjaya menahan lima lelaki dan seorang perempuan tempatan berusia 18 hingga 36 tahun yang disyaki terlibat dengan 27 kes pecah kedai.

“Kumpulan ini menyasarkan kedai yang menjual perkakasan dan peralatan komunikasi di Kuching, Kota Samarahan, Padawan, Bau dan Sri Aman.

“Mereka menggunakan kabel yang dipasang pada bahagian depan kereta Perodua Kancil atau Perodua Bezza yang menggunakan nombor pendaftaran palsu dan kemudian menarik roller shutter kedai yang menjadi sasaran,” katanya pada sidang media di IPK hari ini.

Mancha berkata, pihaknya turut merampas sebuah motosikal, kereta Kancil serta kerata Bezza yang disyaki dicuri selain telefon bimbit, komputer riba dan perkakasan yang disyaki digunakan untuk melakukan kegiatan jenayah.

“Dengan penangkapan mereka, polis berjaya menyelesaikan kes yang dilaporkan membabitkan kerugian keseluruhan sebanyak RM288, 872.80,” katanya.

Kesemua mereka direman selama tujuh hari bagi membantu siastan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan