Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyambut baik pelancaran Projek Rintis Koc Wanita MRT Laluan Kajang. Foto hiasan Envato.

Koc Wanita MRT laluan Kajang bantu kurangkan risiko gangguan seksual – Nancy

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 21 Dis: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyambut baik pelancaran Projek Rintis Koc Wanita MRT Laluan Kajang yang diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke hari ini.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, inisiatif berkenaan membantu mengurangkan risiko gangguan seksual terhadap golongan wanita semasa menggunakan pengangkutan awam

Tambah Nancy, langkah berkenaan akan memberi lebih keyakinan dan rasa selamat dalam kalangan penumpang wanita.

“Ini juga selaras dengan fokus kerajaan untuk menyediakan ekosistem yang terbaik dalam meningkatkan penyertaan wanita ke dalam pasaran buruh tempatan,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Projek rintis itu merupakan usaha Kementerian Pengangkutan untuk meningkatkan keselesaan dan menjamin keselamatan penumpang wanita selain mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa gangguan seksual.

Terdahulu, Anthony berkata, sejak koc wanita MRT bagi laluan Kajang dilancarkan pada 18 September lepas, aduan berkaitan isu gangguan seksual menunjukkan trend penurunan daripada lapan kes kepada hanya tiga kes. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan