Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abang Johari berucap pada majlis makan malam UNIFOR di sini pada malam Rabu.

Kerajaan Sarawak sediakan RM110 juta kepada UNIFOR untuk bina, selenggara rumah ibadat pada 2024

ByDouglas Elliot

KUCHING, 21 Dis: Kerajaan Sarawak menyediakan  peruntukan RM110 juta kepada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) untuk tahun depan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, peningkatan sebanyak RM10 juta itu bertujuan untuk penambahbaikan infrastruktur bagi rumah-rumah ibadat bukan Islam di Sarawak.

“Kita mesti bersikap adil kepada pemegang taruh kita iaitu rakyat Sarawak.

“Antara perkara yang kita tekankan ialah keterangkuman sosial,” katanya.

Usah sentuh sensitiviti agama, bersama maju ke hadapan – Premier Sarawak

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam UNIFOR di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn serta Pengarah UNIFOR Datuk Jack Aman Luat. –

Sementara itu Abang Johari berkata, Kerajaan Sarawak yang ditadbir oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan sentiasa membantu tanpa mengira pegangan agama serta latar belakang kaum.

Kata Abang Johari ini dapat dilihat menerusi peruntukan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan