Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lebih 3,800 orang ditahan di Perancis sebagai sebahagian  daripada operasi besar-besaran untuk memerangi pengedaran dadah yang dilancarkan pada akhir Mac dan awal April di beberapa bandar utama. Foto hiasan Envato.

Dua lelaki dipercayai pengedar dadah ditahan di RTC Napoh ketika tunggu pelanggan

ByJennisey Mike

KUBANG PASU, 20 Dis: Dua lelaki yang dipercayai merupakan pengedar dadah ditahan polis ketika menunggu pelanggan di kawasan parkir kenderaan RTC Napoh, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, sebanyak 10 kilogram (kg) dadah disyaki ganja dirampas oleh pihak polis ketika serbuan yang dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.

Menurut beliau, dalam tangkapan itu polis turut merampas sebuah beg galas daripada suspek pertama lelaki warga Thailand berusia 30-an dan menemui 10 bungkusan plastik lutsinar yang mengandungi ganja dianggarkan seberat 10,256 gram.

Jelas Rodzi, hasil siasatan mendapati bahawa bekalan dadah itu diambil dari negara jiran dan dibawa masuk melalui lorong tikus ke negara ini untuk dipasarkan di Pulau Pinang.

“Peranan mereka ini sebagai ‘pusher’ (pengedar) ambil daripada negara jiran (Thailand) transit di tempat kita dan dan pasar ke pasaran kita. Mengikut laporan dua-dua positif metamphetamine melalui ujian air kencing yang dijalankan,” katanya.

Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari sehingga 25 Disember ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan