Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto Envato

Bapa cedera parah ketika selamatkan anak daripada penculik

ByBernama

JOHOR BAHRU, 20 Dis: Seorang warga China berstatus penduduk tetap di Singapura cedera parah ketika menyelamatkan anak lelakinya daripada diculik sekumpulan lelaki yang menaiki sebuah kereta pada 12 Disember lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat dalam kenyataan berkata, kanak-kanak berusia tujuh tahun itu terselamat dalam kejadian yang berlaku di sekitar bandar raya ini, kira-kira 4.30 petang.

Beliau berkata, suspek utama, seorang lelaki berusia 41 yang merupakan rakan kongsi kepada warga China itu, berjaya ditahan di hadapan Balai Polis Taman Pelangi, 8 malam hari yang sama.

“Suspek utama adalah ahli rakan kongsi kepada bapa kanak-kanak itu dan dia merancang bersama tiga lagi suspek untuk menculik kanak-kanak berkenaan.

“Suspek utama merancang mahu melakukan pemerasan wang sebanyak RM300,000 daripada mangsa. Bagaimanapun, tiada sebarang wang tebusan diberikan kepada suspek kerana polis berjaya melakukan tangkapan ke atas suspek utama pada hari kejadian,” katanya.

Suspek yang bekerja sebagai mekanik itu dituduh mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret, di sini semalam.

Raub berkata, pihaknya sedang mengesan tiga lagi suspek warga tempatan berusia dalam lingkungan 30-an.

Sebelum ini, tular menerusi laporan portal mengenai kejadian culik melibatkan seorang warga Singapura yang mendakwa cedera termasuk kehilangan gigi, ketika menyelamatkan anak lelakinya daripada menjadi mangsa culik di daerah ini.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan