Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Ir Aidel Lariwoo semasa sesi sidang media Lawatan Kerja ke Bahagian Samarahan pada Rabu. Foto TVS.

Bayaran pampasan tanah terlibat Projek Jalan Utama Kedua perlu disegerakan – Aidel

SAMARAHAN, 20 Dis: Pembayaran pampasan bagi pengambilan tanah yang terlibat dalam Projek Jalan Utama Kedua akan diuruskan segera, kata Datuk Ir. Aidel Lariwoo.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Infrastruktur Dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak berkata, ini bagi mengelakkan sebarang masalah tidak diingini yang boleh menjejaskan kerja  – kerja pembinaan yang telah bermula pada Oktober lepas.

Projek Jalan Utama Kedua sejauh 50.54 km di Samarahan dengan kos RM1.6 bilion mula dibina

Kata beliau, kontraktor juga sudah memasuki tapak pembinaan bagi melaksanakan kerja awal berkaitan projek berkenaan.

“Kerajaan Sarawak tidak akan mengabaikan perkara ini (bayaran pampasan) khususnya melibatkan projek yang sudah dimulakan.

“(Oleh itu) Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak serta pihak konsultan perlu mengambil maklum berkenaan hal ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau tapak projek berkenaan di sini hari ini.

Projek berkenaan yang menelan kos RM1.6 bilion membabitkan pembinaan jalan sejauh 50.54 kilometer (km) dari Jambatan Batang Samarahan hingga Jambatan Batang Lupar.

Pakej lain di bawah projek berkenaan termasuklah pembinaan Jambatan Batang Samarahan serta jalan empat lorong dua hala dari Batang Samarahan ke Batang Sadong sejauh 22 km serta Jambatan Batang Sadong ke Jambatan Batang Lupar serta jalan dua lorong sehala sejauh 27.7 km. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan