Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gerillyn diumumkan juara kategori remaja (kategori C) The Malaysia Kids Ambassador, malam tadi. Foto TVS

Gerrilyn mahu perkenal kepelbagaian kaum Sarawak kepada dunia

KUCHING, 19 Dis: Juara pertandingan ratu cantik, sekali gus bakal menjadi duta The Malaysia Kids Ambassador (MKA), Gerrilyn Goh Roshen, 16, berhasrat memperkenalkan kepelbagaian kaum di Sarawak kepada dunia menerusi pertandingan seterusnya iaitu The Asean Ambassador yang dijadualkan pada 2024 nanti.

Pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Joseph Kuching itu turut merasa gembira apabila diumumkan juara bagi kategori remaja (kategori C) pertandingan itu pada malam kemuncak, malam tadi.

Katanya, peluang bergelar duta bagi mewakili Sarawak bertanding ke peringkat antarabangsa bersama pemenang dari negara Asean lain akan turut digunakan bagi mempromosikan pelancongan dan keunikan kepelbagaian kaum yang terdapat di Sarawak dan Malaysia.

“Seperti yang saya katakan, (negara) Malaysia adalah negara yang berbilang kaum dan hidup dalam suasana yang harmoni. Saya akan (membantu) mempromosikan keunikan budaya, keunikan warisan yang terdapat di Malaysia” katanya ketika ditemui TVS selepas pertandingan itu.

The Malaysia Kids Ambassador adalah sebuah program pertandingan ratu cantik bertujuan bagi memberi peluang kepada generasi muda di negeri ini menonjolkan keyakinan diri menerusi skil pengucapan awam, peragaan busana di pentas dan mempromosikan pelancongan di Malaysia

Pertandingan ini telah bermula pada 16 Disember lalu di Royal Kuching Cruise dan Muzium Budaya Borneo yang mana peserta yang hadir dari pelbagai daerah berpeluang mempromosikan budaya dan kepelbagaian kaum yang terdapat di Sarawak menerusi salah satu kategori yang dipertandingkan iaitu pakaian etnik kreatif. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan