Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pegawai kanan polis dihadapkan di mahkamah atas tuduhan membunuh seorang pelajar pada Jumaat lepas. Foto, TVS.

Polis nafi beri layanan istimewa terhadap pegawai kanan dituduh bunuh pelajar

ByBernama

IPOH, 18 Dis: Polis menafikan wujud layanan istimewa susulan kawalan ketat terhadap pegawai kanan polis yang didakwa Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh pelajar lelaki tingkatan lima, Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata tindakan itu merupakan prosedur biasa dilakukan terhadap mana-mana orang kena tuduh (OKT) yang dibawa ke mahkamah untuk menghadapi pertuduhan.

Keputusan dakwa pegawai kanan, bukti ketelusan siasatan polis – KPN

“Ini merupakan prosedur biasa yang dikenakan terhadap OKT bermula diiringi anggota polis daripada lokap balai untuk dibawa ke mahkamah seterusnya ke hadapan hakim.

“Dalam kes ini OKT adalah pesalah biasa, kita tidak anggap berprofil tinggi pun cuma kes yang dihadapi menarik perhatian, jadinya kita perlu adakan kawalan yang ketat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melakukan lawatan ke kediaman keluarga Allahyarham Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, di sini hari ini.

Keputusan dakwa pegawai kanan, bukti ketelusan siasatan polis – KPN

Azizi berkata pihaknya memberi jaminan siasatan menyeluruh terhadap pegawai kanan berpangkat DSP dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah itu akan dilakukan secara adil dan telus.

“Ia juga sejajar dengan saranan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain. Buat masa ini tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, kini ditahan di Penjara Taiping sementara menunggu perbicaraan akan datang,” katanya.

Terdahulu, Mohd Nazri Abdul Razak, 44, yang didakwa membunuh Muhammad Zaharif telah dibawa ke Kompleks Mahkamah Ipoh di sini hari ini, dalam keadaan dikawal ketat.

Kehadirannya bagi prosiding kes itu diiringi lima anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang berpakaian gelap dan memakai topeng muka. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan