Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lee Chin Teck (tengah) dan Dato Lo Khere Chiang (tengah) pada Majlis Pembukaan Pasar Raya Besar Lepapa Cawangan Ke-7 di The Glen Jalan Arang di sini, hari ini. Foto Hafeezzur Muzamir (TVS)

Cawangan baharu Pasar Raya Besar Lepapa dibuka di The Glen Jalan Arang

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 18 Dis: Cawangan ketujuh Pasar Raya Besar Lepapa mula dibuka di Kompleks Pangsapuri The Glen Jalan Arang, Batu Kawa, hari ini.

Pengarah Urusan Tecktonic & Sons Holdings, Lee Chin Teck berkata, pasar raya berkeluasan 25,000 kaki persegi itu menawarkan keperluan harian termasuk barangan runcit, penjagaan kesihatan dan kecantikan kepada penduduk di kawasan sekitar.

Selepas kejayaan pembukaan cawangan baharu itu, Chin Teck berkata, pihaknya merancang untuk menambah beberapa lagi cawangan selepas perayaan Tahun Baharu Cina dengan cawangan terbesar di Lawas.

“Menjelang Tahun Bahru Cina, kami akan membuka cawangan di Maliha yang berkeluasan kira-kira 40,000 kaki persegi selain di Siniawan, Tasik Biru dan Lawas.

“Cawangan di Lawas paling besar iaitu berkeluasan 120,000 kaki persegi atau mpat kali ganda lebih besar daripada cawangan ini.

“Pembukaan cawangan berkenaan ialah kerana Kerajaan Brunei membina jambatan dari Bandar Begawan ke Temburong sepanjang 30 kilometer.

“Ini akan menjadikan tempoh perjalanan dari negara itu ke Lawas hanya mengambil masa sejam, jadi kami menjangkakan pelanggan yang ramai di sana,” katanya.

Lee Chin Teck (tengah) menyerahkan cenderahati kepada Dato Lo Khere Chiang (tengah) pada Majlis Pembukaan Pasar Raya Besar Lepapa Cawangan Ke-7 di The Glen Jalan Arang di sini, hari ini. Foto Hafeezzur Muzamir (TVS)

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Majlis Pembukaan Pasar Raya Besar Lepapa dan pembukaan Pangsapuri The Glen Jalan Arang di sini, hari ini.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Batu Kitang, Dato Lo Khere Chiang.

Sementara itu, mengulas mengenai pangsapuri itu, Chin Teck berkata, projek perumahan itu merupakan inisiatif menyediakan rumah mampu milik terutamanya golongan muda untuk memiliki kediaman di bandar.

Jelasnya, harga jualannya yang murah berbanding pasaran menyaksikan kesemua 628 unit habis dijual.

“Kami mula menjual pada harga RM222,000 dan pada masa hadapan, syarikat berhasrat untuk membina lebih banyak rumah seperti ini untuk golongan M40 kerana jumlahnya yang ramai,” ujarnya.

Tambah beliau, kesemua pemilik rumah akan mula memasuki kediaman masing-masing sebelum Tahun Baharu Cina.

Sementara itu, beliau memberitahu pihaknya juga akan memulakan projek perumahan Springvale dengan menawarkan 140 unit kediaman dan 30 unit lot kedai.

“Jika dibandingkan dengan projek yang lain, pemaju menjual pada kadar RM800 kaki persegi namun kami hanya menjual RM600 kaki persegi.

“Mulai sekarang hingga Krismas, untuk unit yang lebih besar daripada 1,000 kaki persegi, saya berikan diskaun sebanyak empat peratus, manakala kurang daripada 1,000 kaki persegi, dua peratus diberikan insentif. Oleh itu, saya berharap semua pihak merebut peluang ini,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan

No data was found