Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hasbi hadir padaPJR Khas Parlimen Limbang bagi kawasan Bukit Kota di sini hari ini. Foto, TVS.

Harga sekilogram ayam di Limbang bukan lagi paling mahal di Malaysia

LIMBANG, 17 Dis: Program Jualan Rahmah (PJR) yang dilaksanakan di sini telah membantu mengurangkan beban rakyat ekoran harga barang basah yang tinggi berbanding di kawasan lain.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, PJR di Limbang menyaksikan beberapa barang keperluan dijual dengan harga yang rendah termasuk ayam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Limbang berkata, sebelum ini harga sekilogram ayam di sini dan Lawas dijual pada kadar RM18.90 akibat isu logistik.

“(Namun sejak pelaksanaan) PJR, ayam dijual pada harga RM8 sekilogram.

“Sebelum ini seperti yang diwar-warkan (harga) ayam di Limbang paling mahal di Malaysia, namun (menerusi inisiatif) PJR ini, harganya lebih murah,” ujarnya.

Jualan Rahmah dua kali seminggu di Lawas

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir PJR Khas Parlimen Limbang bagi kawasan Bukit Kota di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Limbang, Pulnama Tarah.

Sementara itu Hasbi memaklumkan, kerajaan melalui KPDN telah membelanjakan RM325,584 untuk melaksanakan beberapa siri PJR di parlimen ini.

“Pada masa ini sebanyak 16 buah kedai terbabit dengan PJR yang menawarkan pengurangan harga sebanyak 10 sehingga 30 peratus,” tambahnya.

PJR bagi Parlimen Limbang telah dilaksanakan sebanyak 23 kali membabitkan kawasan bandar dan luar bandar yang memberi manfaat kepada kira – kira 20,000 pengguna. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan