Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Filem 'Missing You' sebuah filem Cina yang menarik dirakam di Sarawak akan disiarkan di TVS malam ini. Foto TVS

Filem ‘Missing You’ bakal temui penonton di TVS malam ini

KUCHING, 17 Dis: Filem ‘Missing You’ sebuah filem Cina yang menarik dirakam di Sarawak akan disiarkan di TVS malam ini.

Cerita itu berkisar mengenai ‘Ah Ren’, seorang pempengaruh Singapura dikenali sebagai Benjamin Josiah Tan, yang ingin bertemu semula dengan kakaknya yang telah lama menetap di Sarawak.

Menurut kenyataan media TVS, ‘Missing You’ ditulis Jimz Lee, seorang veteran berpengalaman lebih 20 tahun dalam industri perfilemen yang juga salah seorang pengarah filem itu.

Filem ‘Missing You’ sebuah filem Cina yang menarik dirakam di Sarawak akan disiarkan di TVS malam ini. Foto  TVS

“Melalui filem ini, walaupun Ah Ren sedang mencari kakaknya yang telah lama tidak berjumpa, apa yang lebih penting ialah dia menemui dirinya semula melalui perjalanan ini. Menerusi filem ini, saya ingin menonjolkan keindahan Sarawak supaya orang ramai akan lebih mencintai tanah ini, termasuk rakyat, alam sekitar dan yang lebih penting makanan.

“Makanan adalah salah satu budaya utama sesuatu tempat, tanpa makanan, tiada jiwa dalam budaya. Akhir sekali ialah alat muzik tradisional Sarawak iaitu ‘Sape’,” kata kenyataan itu.

Menampilkan Jerry Kamit dengan muzik yang menceritakan perjalanan yang menakjubkan, ‘Missing You’ pasti membuat penonton terhibur.

Ganjaran terbesar kali ini buat julung kalinya, bekerjasama dengan pemuzik terkenal Sarawak, Andrew Bong, TVS berharap melalui muziknya, lebih banyak elemen budaya Sarawak dapat diperkenalkan kepada penonton.

‘Missing You’ diterbitkan oleh rumah produksi tempatan Sarawak, The Dream Film Production Sdn Bhd, diketuai oleh penerbit filem muda, bercita-cita tinggi dan berbakat, David Lim telah menghasilkan beberapa filem untuk TVS setakat ini.

Tayangan perdana ‘Missing You’ pada 17 Dis jam 9.15 malam hanya di TVS, Saluran 122, MYTV, Unifi TV dan Astro. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan