Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Reaksi seorang wanita Palestin selepas pengeboman Israel di Rafah, di selatan Semenanjung Gaza. Foto AFP

Angka kematian cecah 19,088, lebih 54,450 cedera di Palestin

ByBernama

RAMALLAH, 17 Dis: Angka kematian di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat sejak 7 Oktober telah meningkat kepada 19,088 dengan lebih 54,450 orang cedera.

Serangan Zionis Israel terhadap rakyat Palestin pada Sabtu telah memasuki hari ke-71.

Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa jumlah korban yang direkodkan di Semenanjung Gaza mencecah 18,800 manakala angka kematian di Tebing Barat turut meningkat kepada 288, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Selain itu, sekitar 51,000 rakyat Palestin cedera di Gaza manakala hampir 3,450 di Tebing Barat, menurut kementerian itu.

Antara mereka yang terkorban di Gaza, termasuk lebih 300 petugas kesihatan, 86 wartawan, 35 anggota pertahanan awam dan 135 kakitangan UNRWA.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan mengulangi amaran tentang bahaya kehabisan bekalan vaksin di Gaza yang boleh membawa kesan buruk terhadap kesihatan terutama dalam kalangan mereka yang berada di tempat perlindungan.

Kementerian itu merekodkan 360,000 kes penyakit berjangkit di pusat perlindungan tetapi  jumlah sebenar kes mungkin lebih tinggi.

Setakat ini hanya 11 daripada 36 hospital di Gaza beroperasi dengan kemampuan yang terhad dan di wilayah utara pula sebuah sahaja hospital masih beroperasi, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan