Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Muhammad Faiz Fadzil melakukan gimik perasmian Program Peningkatan Akademik - Bengkel Edu: Bit dan Inovasi Anak-anak Nelayan 2023 hari ini. Foto TVS

LKIM komited pastikan pendidikan anak nelayan terjamin

KUCHING, 16 Dis: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) terus komited dalam memastikan pendidikan anak-anak nelayan terjamin.

Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil berkata, Program Peningkatan Akademik – Bengkel Edu: Bit dan Inovasi Anak-Anak Nelayan Tahun 2023 yang julung kali diadakan merupakan salah satu inisiatif dalam memastikan jaminan masa hadapan generasi muda khususnya golongan anak nelayan.

Menurutnya, LKIM mempunyai satu agenda utama iaitu meningkatkan taraf sosioekonomi nelayan dan tidak hanya bergantung kepada program kebajikan yang telah disalurkan selama ini terutama dalam bentuk subsidi ataupun sumbangan peralatan.

“Kita memulakan langkah baharu iaitu di kalangan anak-anak nelayan supaya industri ini yang kemungkinan besar mereka akan mewarisi dalam konteks yang lebih moden dan berasaskan teknologi.

“Pendedahan yang kita lakukan dalam bengkel hari ini berasas kepada Pendidikan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) adalah untuk memberikan satu dorongan dan motivasi kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Program Peningkatan Akademik – Bengkel Edu: Bit dan Inovasi Anak-anak Nelayan 2023 di Sekolah Kebangsaan (SK) Buntal di sini, hari ini.

Bengkel yang disertai oleh seramai 350 orang murid sekolah rendah itu menyasarkan penglibatan daripada anak-anak nelayan yang bernaung di bawah Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Buntal, PNK Seri Muara dan PNK Satang Biru.

Tambahnya, beliau berharap agar program akan diperluaskan lagi pada masa akan datang bagi membantu golongan masyarakat nelayan ini.

“Kita sebar luaskan lagi program ini untuk masyarakat nelayan dengan penguasaan teknologi dan penggunaan peralatan lebih canggih termasuklah internet kebendaan (IoT) dan sebagainya.

“Ini adalah untuk memastikan kelangsungan industri ini dan penambahbaikan hasil tangkapan dalam kita mencapai agenda yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu agenda keterjaminan makanan,” ujarnya.

Program tersebut merupakan anjuran LKIM melalui PNK Buntal melalui perkongsian kerjasama strategik antara Persatuan Agropreneur Sarawak dan Pertubuhan Siswa STEM dan Robotik Institut Perguruan (PS) Tun Abdul Razak, Kota Samarahan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan