Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PETROSNiaga komited dalam memastikan bekalan berterusan silinder gas petroleum cecair 14kg bersubsidi di seluruh Sarawak. Foto Byron (TVS)

PETROS jamin bekalan silinder LPG mencukupi

KUCHING, 15 Dis: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS), melalui cabang runcit gas petroleum cecair (LPG), PETROSNiaga Sdn Bhd (PETROSNiaga), komited untuk memastikan bekalan berterusan silinder gas petroleum cecair (LPG) 14kg bersubsidi di seluruh Sarawak.

PETROS berkata untuk mengelakkan pembaziran, pelanggan dinasihatkan agar melakukan pertukaran satu kepada satu silinder sebaik sahaja habis digunakan.

“Pelanggan diberi jaminan bahawa tiada had masa untuk pertukaran,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Pelanggan juga diyakinkan bahawa terdapat bekalan silinder LPG yang mencukupi untuk kediaman, perniagaan dan industri di seluruh Sarawak kerana PETROSNiaga telah mengambil langkah yang perlu dalam memastikan tiada kekurangan bekalan di pelbagai sektor.

PETROSNiaga sekali lagi mengingatkan bahawa tiada kos tambahan apabila mereka bertukar daripada silinder LPG lain kepada silinder LPG PETROS (merah) atau gas PETRONAS (hijau).

Selain itu, kos isi semula tidak berubah pada RM26.60 untuk penukaran sendiri.

Pelanggan digesa melaporkan mana-mana pengedar yang mengenakan bayaran tambahan kepada Perkhidmatan Pelanggan PETROSNiaga di 1300-88-2122.

“Silinder LPG PETROS 14kg bersubsidi sedia untuk dilanggan melalui rangkaian pengedar PETROSNiaga di seluruh Sarawak,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan