Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 12 penumpang terkorban apabila sebuah bas pelancong hilang kawalan dan terbalik di Lebuh Raya Cikampek-Purwakarta, Jawa Barat petang tadi. Foto TVS

Bas pelancong terbalik, 12 penumpang terkorban di Jawa Barat

ByTVS

JAKARTA, 15 Dis: Seramai 12 penumpang terkorban apabila sebuah bas pelancong hilang kawalan dan terbalik di Lebuh Raya Cikampek-Purwakarta, Jawa Barat petang tadi.

Jurucakap Polis Jawa Barat, Ibrahim Tompo berkata kemalangan itu turut menyebabkan tujuh lagi cedera parah dan dikejarkan ke hospital berdekatan.

Menurutnya, kemalangan membabitkan 20 penumpang dan tiga kru berlaku apabila bas itu hilang kawalan lalu melanggar penghadang.

“Siasatan awal menurut pemandu, ketika dia membelok ke kiri, kenderaan itu berpusing dan hilang kawalan lalu melanggar pagar penghadang dan kemudian bas itu terbalik.

Bas berkenaan dikatakan berpusing beberapa kali menyebabkan mangsa-mangsa maut di tempat kejadian.

Pemandu bas itu selamat dan ditahan polis untuk siasatan lanjut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan