Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Bandar Miri Adam Yii Siew Sang pada sidang media Miri Marathon 2024 di Miri, hari ini. Foto: TVS

Miri Marathon disyor dimasukkan dalam Kalendar Pelancongan Sarawak

MIRI, 15 Dis: Miri Marathon berpotensi untuk dimasukkan dalam Kalendar Pelancongan Sarawak, kata Datuk Bandar Miri Adam Yii Siew Sang.

Bagi menjadikannya realiti, beliau akan mengesyorkannya kepada Lembaga Pelancongan Sarawak (STB).

Acara sukan ini bukan sahaja dapat menarik pengunjung yang merancakkan sektor pelancongan tetapi juga sebagai langkah penyatuan kaum.

“Saya menyokong semua acara sukan, terutamanya Miri Marathon 2024 yang kini akan menjadi salah satu acara penting di bandar raya Miri,” katanya pada sidang media Miri Marathon 2024 di sini, hari ini.

Para peserta Miri Marathon akan melalui tempat-tempat ikonik di sekitar bandar raya berkenaan.

“Tahun ini jawatankuasa penganjur menukar laluan larian dan cuba membentuk laluan yang melalui beberapa ciri dan ikonik Bandaraya Miri yang lebih menonjol,” katanya.

Miri Marathon akan berlangsung pada 3 Mac 2024 dengan menampilkan empat kategori iaitu 42 kilometer (km), 21 km, 10 km dan 5 km.

Ia menyasarkan 7,000 penyertaan dan setakat ini 4,200 penyertaan telah diterima. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan