MIRI, 15 Dis: Lebih banyak hotel diperlukan di bandar raya ini bagi menyokong kemasukan pelancong yang disasarkan empat juta pada 2024.
Sehubungan itu, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata kerajaan menggalakkan pihak swasta membina hotel.
“Kerajaan menggalakkan orang ramai membina lebih banyak hotel kerana kita sedang beralih kepada lebih banyak produk pelancongan,” katanya pada sidang media Miri Marathon 2024 di sini, hari ini.
Selain hotel, pembinaan pusat konvensyen juga diperlukan bagi tujuan penganjuran acara-acara besar.
“Di Kuching, kita mempunyai kelebihan dengan pusat konvensyen yang lebih besar. Mudah-mudahan kita akan mempunyai satu di Miri,” katanya.
Dua kemudahan itu merupakan perkara yang diutamakan penganjur apabila hendak mengadakan acara antarabangsa. – TVS